Tuesday, July 5, 2011

KEM MOTIVASI "ROAD TO EXCELLENCE" 2011

Pada 17 - 20hb Jun yang lalu, telah berlangsung program Kem Motivasi "Road to Excellence" 2011 bagi murid-murid Tahun 5 dan 6. Seramai kira-kira 65 orang murid Tahun 5 dan telah menyertai program yang dirancang oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan guru SK. Tambulian. Program ini telah diadakan selama tiga hari dua malam bertempat di Dewan Serbaguna SK. Tambulian. Kesemua aktiviti-aktiviti yang telah dirancang telah dijalankan dengan jayanya dengan bantuan daripada falisitator dari Kumpulan Diamond SMK Taun Gusi.

Diharapkan agar semua murid yang telah mengikuti program ini dapat mengapliksaikan segala pengetahuan yang telah mereka dapati sepanjang program dalam kehidupan mereka sehari-hari dan seterusnya membantu murid-murid meningkatkan prestasi akademik mereka.

No comments:

Post a Comment