Thursday, January 7, 2010

Sesi persekolahan 2010 Bermula.

Tanggal 4 Januari 2010, sesi persekolahan telahpun bermula dan dengan segala kekuatan yang ada, semua kakitanggan SK Tambulian sibuk mengatur perjalanan pendaftaran murid Tahun 1 dan juga pergerakan semua murid yang beralih kelas. Walaupun sibuk dengan sesi pendaftaran namun semua kerja keras ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua guru.

Pada tahun ini juga, SK Tambulian juga menerima seorang guru pemulihan baru. Seorang guru yang peramah dan tidak jemu memberikan senyuman kepada semua rakan sekerja baru. Pada minggu pendaftaran ini juga, SK Tambulian telah dilawati oleh pemantau dari Pejabat Pelajaran Daerah dan syukur kerana tidak banyak perkaran yang di komen.

Sukan sekolah SK Tambulian juga akan diadakan pada 21 januari 2010 dan 22 januari 2010. Semua guru sukan pada ketika ini sibuk menjalankan latihan dan pemilihan atlit yang akan mewakili rumah sukan masing-masing.

Disamping itu, pada tahun ini juga terdapat 4 orang guru yang sedang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah. Selamat belajar kepada mereka dan semoga usaha mereka ini dapat memartabatkan kecemerlangan pendidikan di SK Tambulian.

Selamat menjalanka tugas kepada semua Guru di SK Tambulian dan juga semua Guru di Malaysia.

"BERKHIDMATLAH DENGAN PENUH KEIKHLASAN"