Thursday, March 18, 2010

SK TAMBULIAN JUARA 5 TAHUN BERTURUT-TURUT KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT ZON DAN DAERAH.

Assalammualaikum, dan salam 1 Malaysia.....!

Ucapan tahniah kepada semua pemain SK Tambulian yang telah bersusah payah untuk memajukan pasukan Bola Tampar SK Tambulian untuk tahun 2010. Buat yang ke 5 kalinya sejak dari tahun 2005 SK Tambulian menjuarai pertandingan Bola Tampar Peringkat zon dan peringkat daerah.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu pasukan ini untuk meneruskan kecemerlangannya dalam arena bola tampar daerah Kota Belud.

Disamping itu juga, pasukan Bola Tampar dan pihak pengurusan sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Rajin Alip (P.Karanahan) kerana telah banyak memberikan bantuan kepada pasukan Bola Tampar SK Tambulian. Semoga dengan sumbangan ini, pasukan ini dapat meneruskan perjuangannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Tidak lupa juga kepada JJ/CP yang banyak memberikan bantuan kepada pasukan ini.


Jutaa terima Kasih juga ingin diucapkan kepada
1. Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud
2. En Apin@Mohd Ariffin Sigat (Guru Besar SK Tambulian)
3. Pn Dideh Sangul (PK Kokum)
4. Pn Loreta Tanggau (PK 1)
5. En Lieun (PK Hem)
6. Cik Zurainah Tindapau
7. Pn Norlela
8. Pn Milka
9. En Jimmy Mansati
10. P.Keranahan
11. JJ/CP
12. PIBG SK Tambulian
13. En Mayul and the geng
14. En Kudin@Aminudin Tungking
15. JKKK KG Sorob En Norjan Jinal
16. Ketua Kampung Sorob En Saidan
17. Semua murid Ko-Perkhidmatan semasa kejohanan
18. Adik Joey Tobian (Pembantu Pengurus / Pembantu Jurulatih)
19. En Baba, Syahrin, Wandy (ex student SK Tambulian)
20. En Basir and family
21. En tuanku Hussaimi Maslin (Pengurus Besar)
22. 6 biji bola tampar buruk
23. jaring bola tampar made in chaina
24. Karipap mama icik
25. Air Sirap mama Juan
26. Penyokong padu geng aching....???? heheh
27. dan yang tak tolong apa-apa tapi nak kredit.
28. Juga tidak dilupai....semua pemain Bola Tampar tahun 2009
emmm Murshid, Elkana, Bombouuu, Helmi, Jenny, Farina, Dedeng, Evertini, christin,
(Pasal diorang ini lah team volleyball ni masi lagi bertahan dengan jayanya...) coz semua penama diatas ni mewakili SK Tambulian sehingga ke peringkat negeri 2009...farina dapat ke peringkat kebangsaan...






ucapan alu-aluan.....!




jam 6.50am tetamu dah hadir..... memang hebat.


ko-perkhidmatan terdiri dari murid-murid sk tambulian.

langsung tak gunakan guru dalam pengurusan perlawanan terutamanya menjaga garis dan pengiraan mata pertandingan. merupakan satu pendedahan yang sangat baik kepada murid-murid.

p/s : pergilah cari kerja sekarang...soalan pertama yang ditanya nanti... ADA PENGALAMAN?


pura-pura memanaskan badan..mentang-mentang jurulatih sibuk dengan pasukan perempuan. .. Curi tulang hehehehe


tiada lagi keraguan... memang tengok gaya pun dah juara. ekekek


Paling khusyuk.... masa pasukan perempuan main heheh


Paling pening dalam menjaga jadual perlawanan dan segala-galanya.. 3 orang guru atur majlis peringkat daerah yang dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah...??? hurmmm


Kenang-kenangan


Tidak lain dan tidak bukan,, Tobian si Pembantu Jurulatih..memang berbakat


Jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas... kalau tidak gagal ujian lencana pengakap hehehe



Pengerusi Teknik Daerah bahagian Sekolah Rendah....
hadir juga untuk memberikan sokongan.


Macam takut ja sampai servis pun endak masuk... isk....



JC dan minuman 100plus disumbangkan oleh En Rajin Alip


Tidak ada kata dapat mengambarkan gandingan orang kuat sektor pendidikan daerah Kota Belud.


1 murid 1 sukan... na apa lagi alasan untuk tidak berjaya????




ini kali ke dua ni rafiee naik pentas tahun lepas dia juga


dan yang paling best lagi...baru-baru ini semasa berlangsungnya kejohanan bola tampar bawah 18 tahun, jenny, farina, evertini, christin dan dedeng ada mewakili sekolah masing-masing.... so!!!
ini bermaksud...hehehe ajaran saya tahun lepas masih melekat di kepala diorang....and ...harap-harap... macam Farina dan evertini disenaraikan dalam senarai pemain yg akan mewakili daerah ke peringkat bahagian di daerah Pitas. woohoooooo...! saya tak bangga tapi heheheh... dalam diam saya kuar gak air mata coz nengok diorang main dengan team baru dan berusaha sedaya upaya....! hehehe bestnya tengok....

APA-APA PUN...MIGGIE SAYA SUDAH KEMBANG dan Terima kasih kerana memahami tugas kami sebagai guru.... Ilmu bukan sahaja boleh diperolehi di dalam kelas....namun di mana-mana sahaja. Ingatlah bukan semua manusia dilahirkan untuk menjadi pintar... jadi tugas guru juga bukan setakat ingin melahirkan pelajar yang pintar dalam pelajaran... bagaimana dengan murid yang tidak pintar tadi... adakah adil kepada mereka kerana langsung tidak mempunyai peluang untuk membanggakan diri mereka sendiri.....!

MAri kita hayati semula Falsafah pendidikan...."Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek".. na jadi apa lagi persoalan disini......!

Lu Pikir Lah Sendiri...kata nabil kepada kita hehehe.

Wassalam.

-hanchetie- 2010