Tuesday, November 10, 2009

KEM IBADAT 2009


Bismillahhirohmanirrohim

Assalamualaikum w.b.t Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan limpah izin dariNYA maka terlaksanalah kem ibadat 2009 yang baru sahaja berakhir penghujung bulan Oktober lepas. Kem Ibadat 2009 ini adalah salah satu aktiviti di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam SK Tambulian dengan kerjasama S.A.R KAFA Kg Tambulian dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Perkhemahan yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini melibatkan bukan sahaja semua murid Islam SK Tambulian tetapi turut disertai oleh sebahagian murid tahap 2 dari SK TempasukII dan SK Rosok, Kota Belud.

Pendaftaran peserta kem ibadat 2009


Wajah ceria peserta semasa pendaftaran.



Pembahagian T-shirt kem ibadat

Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 30 oktober 2009- 1 November 2009,bertapak di padang Sk Tambulian. Kerjasama daripada penceramah yang diundang khas, kemantapan dari tenaga fasilitator yang berpengalaman, kesungguhan dari semua ahli jawatankuasa pelaksana melancarkan lagi perjalanan kem ini. Matlamat utama kem ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai keagamaan dan seterusnya mampu mendidik murid menjadi muslim yang sejati dalam melayari kehidupan sehari-hari. Di samping itu, terlaksananya kem ini murid-murid dapat menyemai dan membentuk ciri-ciri kepimpinan, kerjasama dan sedia berkhidmat dalam apa jua keadaan.


Semoga doa ini diterima olehNYA.


Solat menjadi kewajipan setiap insan.


Makan time.


Peserta termuda yang mengikuti perkemahan ini selama 3 hari 2 malam.


Ceramah Anak Soleh oleh Al Fadhil Saidani Tanggulau


Peserta sentiasa ceria dan bersemangat untuk melaksanakan semua aktiviti kem ibadat


Sesi ceramah terakhir pada hari terakhir.


Sehati sejiwa dengan pakaian rasmi t-shirt kem ibadat

Kem ini juga turut menjadi titik permulaan kepada SK Tambulian supaya terus mengorak langkah untuk merealisasikan isi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islam, memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Di samping melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah.


Murid tahap 1 juga terlibat dalam program ini.


http://syawalmusic.blogspot.com


Peserta bersama -sama menyanyikan lagu nasyid.


Teraju utama AJK pelaksana program sedang berbincang mengenai tindakan selanjutnya.


Guru Besar SK Tambulian memberikan ucapan pada majlin penagguhan kem ibadat.


Penangguhan majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pendidikan Islam Negeri Sabah.


Penyampaian cendera hati kepada semua peserta.


Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil peserta kem ibadat.


Penyerahan cendera hati kepada perasmi.

Oleh itu, bagi pihak ahli jawankuasa pelaksana ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem ini. Semoga hubungan ukhwah sesama kita akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. Kerjasama dan budi baik kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya.Segala kelemahan yang terdapat semasa kem berlangsung, akan dijadikan pengajaran buat kami sebagai penambahbaikan untuk masa akan datang.

Mohd Mursid jamrin tersenyum riang selepas mendapat sijil penyertaan perkemahan kem ibadat

Doa dan harapan kami harapkan semoga program seperti ini akan dapat dijalankan pada masa-masa akan datang.

Gambar kenang-kenangan peserta bersama para jemputan dan AJK pelaksana

salam kemaafan, salam kemesraan, salam ingatan berpanjangan dari kami, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK TAMBULIAN..


Syukur
wassalam....

- wardah 09 -




Monday, November 9, 2009

Ahli Majlis Tertinggi SK Tambulian Kota Belud

Assalammualaikum.

Bagi memulakan bicara blog yang indah lagi menawan ini, adalah baiknya saya memperkenalkan ahli-ahli senat Sekolah Kebangsaan Tambulian Kota Belud. Kesemua ahli senat ni mempunyai latar pendidikan dan pengalaman yang luas dalam sektor pendidikan dan merupakan kakitanggan kerajaan yang paling berwibawa dalam menjalankan tugas mereka.

THE BOS (Guru Besar)
Nama: Apin@Mohd Ariffin Sigat
Asal : KG Rangalau Kota Belud
Mula Bertugas Sebagai Guru : 07011980
Gred : DGA34
Beliau sedang mengikuti Kursus PJJ khas untuk guru besar di salah satu Universiti tempatan. Merupakan pemegang tali pingang hitam dalam seni mempertahankan diri Tekwando(2 DAN). Beliau sangat komited dalam bab di sekolah ini.

Penolong Kanan Satu (Pentadbiran)
Nama: Loreta Binti Tanggau
Asal : KG Tambulion Sorob
Mula Bertugas Sebagai Guru : 01031985
Gred : DG41
Merupakan seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Sains dari Universiti tempatan. Selain menjalankan tugas sebagai PK 1 disekolah ini, beliau juga mengajar matapelajaran teras iaitu bahasa melayu dan sains.

Penolong Kanan Dua (Hal Ehwal Murid)
Nama : Lieun Sungkit
Asal : KG Bankahak Kota Belud
Mula Bertugas Sebagai Guru : 01031988
Gred : DG41
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian daripada Universiti tempatan. Merupakan seorang yang komited dalam menjalankan tugas terutamanya mengenai hal-hal murid di sekolah ini.

Penolong Kanan Ko Kurikulum
Nama : Dideh Sangul
Asal : KG Tambulion
Mula Bertugas Sebagai Guru : 03011987
Gred : DGA32
Merupakan seorang guru paling lama berkhidmat disekolah ini. Memegang jawatan yang melibatkan perjalanan aktiviti ko kurikulum di sekolah ini. Antara pencapaian terbaik ko kurikulum di sekolah ini adalah menjadi johan dalam pertandingan bola tampar selama 3 tahun berturut-turut bagi peringkat Zon Timur dan Daerah Kota Belud.

Dengan adanya gabungan kepakaran daripada keempat-empat tokoh diatas, sekolah ini pasti akan mencapai standardnya untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di KG Tambulion.

Sunday, November 8, 2009

Wednesday, November 4, 2009

ASSALAMMUALAIKUM


Bersyukur kita kepada ALLAH S.W.T kerana dengan izinnya serta kekuasaanNYA blog pertama SK Tambulian ini dapat dihasilkan.

Untuk yang pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang melawati blog ini. Semoga hubungan diantara sekolah ini dengan anda yang sedang melihat blog ini dapat dieratkan. Semoga segala ilmu dapat kita kongsikan bersama demi mendidik anak bangsa yang kita sayangi.

Walaupun tidak sehebat blog-blog yang lain, namun semoga blog ini mampu untuk memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai segala aktiviti yang berlaku disekolah ini.

Untuk permulaannya, blog ini juga akan menjadi waddah penghubung antara guru-guru di sekolah ini untuk menceritakan segala aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bertugas di sekolah ini.

Semoga blog ini mampu memberi menafaat kepada semua yang melayarinya dan semoga ia menjadi nadi penghubung dengan sekolah luar. InsyALLAH.

Apin@Mohd Ariffin Sigat
Guru Besar
SK Tambulian
Kota Belud
Sabah