Monday, November 9, 2009

Ahli Majlis Tertinggi SK Tambulian Kota Belud

Assalammualaikum.

Bagi memulakan bicara blog yang indah lagi menawan ini, adalah baiknya saya memperkenalkan ahli-ahli senat Sekolah Kebangsaan Tambulian Kota Belud. Kesemua ahli senat ni mempunyai latar pendidikan dan pengalaman yang luas dalam sektor pendidikan dan merupakan kakitanggan kerajaan yang paling berwibawa dalam menjalankan tugas mereka.

THE BOS (Guru Besar)
Nama: Apin@Mohd Ariffin Sigat
Asal : KG Rangalau Kota Belud
Mula Bertugas Sebagai Guru : 07011980
Gred : DGA34
Beliau sedang mengikuti Kursus PJJ khas untuk guru besar di salah satu Universiti tempatan. Merupakan pemegang tali pingang hitam dalam seni mempertahankan diri Tekwando(2 DAN). Beliau sangat komited dalam bab di sekolah ini.

Penolong Kanan Satu (Pentadbiran)
Nama: Loreta Binti Tanggau
Asal : KG Tambulion Sorob
Mula Bertugas Sebagai Guru : 01031985
Gred : DG41
Merupakan seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Sains dari Universiti tempatan. Selain menjalankan tugas sebagai PK 1 disekolah ini, beliau juga mengajar matapelajaran teras iaitu bahasa melayu dan sains.

Penolong Kanan Dua (Hal Ehwal Murid)
Nama : Lieun Sungkit
Asal : KG Bankahak Kota Belud
Mula Bertugas Sebagai Guru : 01031988
Gred : DG41
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian daripada Universiti tempatan. Merupakan seorang yang komited dalam menjalankan tugas terutamanya mengenai hal-hal murid di sekolah ini.

Penolong Kanan Ko Kurikulum
Nama : Dideh Sangul
Asal : KG Tambulion
Mula Bertugas Sebagai Guru : 03011987
Gred : DGA32
Merupakan seorang guru paling lama berkhidmat disekolah ini. Memegang jawatan yang melibatkan perjalanan aktiviti ko kurikulum di sekolah ini. Antara pencapaian terbaik ko kurikulum di sekolah ini adalah menjadi johan dalam pertandingan bola tampar selama 3 tahun berturut-turut bagi peringkat Zon Timur dan Daerah Kota Belud.

Dengan adanya gabungan kepakaran daripada keempat-empat tokoh diatas, sekolah ini pasti akan mencapai standardnya untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di KG Tambulion.

1 comment:

  1. cikgu Merza telah melakukan sesuatu yang saya anggap menaik tarafkan sekolah ini, so harap rakan2 lain atau sesiapa sahaja, diharapkan dapat memberi sokongan serta bahan yang boleh dimuatkan dalam blog ini- "Buat bersama Merza" Tahniah.. Apin Sigat.

    ReplyDelete