Alhamdulillah..bersyukur kita kepada ALLAH kerana dengan limpah dan kurniaNYA sukan peringkat sekolah SK Tambulian telah berlangsung dengan jayanya. Bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dikalangan murid-murid SK Tambulian, dan mengeratkan hubungan setia kawan dan semangat berpasukan dikalangan murid dan guru.
Kebanyakan urusetia kecil diuruskan sendiri oleh murid murid SK Tambulian, yang mana peluang ini mampu memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada murid untuk bekerja sendiri dalam mencapai satu keputusan.
Pertandingan yang disertai oleh murid tahap 2 sememangnya memerikan kelebihan kepada murid di tahun 6.
Setiausaha Sukan SK Tambulian, En Hussaimi Maslin, bertindak sebagai penyelaras dan pelepas bagi semua acara padang.
Cikgu Zuraina Tindapau bertindak sebagai pengadil bagi acara lompat jauh dan juga sebagai "score master" untuk keseluruhan rumah sukan.
Pengerusi PIBG SK Tambulian, EN Jimmy Mansati juga hadir untuk memberikan galakan dan dorongan kepada semua murid dan juga anaknya.
Reco Stenly dinobatkan sebagai olahragawan setelah mengutip 4 Emas
Latihan yang berlangsung selama 2 minggu menerapkan beberapa teknik dalam acara yang dipilih.
Walaupun cuaca agak panas namun semua peserta dari SK Tambulian ceria dan setia memberikan sokongan kepada peserta yang bertanding
Berakhirnya sukan peringkat ZON Timur, tahun ini SK Tambulian menduduki tempat ke 6 dari 13 buah sekolah. merupakan satu lagi pencapaian yang memberangsangkan kepada murid.
apa yang penting adalah semangat juang murid dapat ditingkatkan dengan adanya pendedahan seperti ini.
Jumpa lagi tahun hadapan 2011.
"MAJULAH SUKAN UNTUK DIRI SENDIRI"
"BERSENAM UNTUK KESIHATAN"
apa yang penting adalah semangat juang murid dapat ditingkatkan dengan adanya pendedahan seperti ini.
Jumpa lagi tahun hadapan 2011.
"MAJULAH SUKAN UNTUK DIRI SENDIRI"
"BERSENAM UNTUK KESIHATAN"
Nur Raihan Aqeela 2010