Wednesday, January 26, 2011

Wahai teman sila baca dan faham...!

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas
kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti
termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini
menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu
usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek
pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi
dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk
mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan
perpaduan negara.

Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak
apabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar
Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan
pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu digubal
Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan dan
panduan setiap rakyat di negara ini.

Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada
tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.
Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan ditegaskan semula.
Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan
negara meliputi:

“ …… matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisiplin dan terlatih”. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hal. 1).
Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara
yang baik yang memiliki cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang
warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah:

(a) keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama
dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian
dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia;
(b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan,
bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna,
menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang
baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati
dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina,
dan bersedia berkhidmat untuk negara;
(c) boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan
negara.

Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan
bertatasusila, Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya
murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan Etika.
Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan.
Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui
dan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi
sumbangan kepada negara.

Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia
juga mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeru
itu sistem pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana proses
perkembangan sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan secara langsung
dengan sistem pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan Jawatankuasa
Kabinet menjelaskan:

“Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan
bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin
yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap
kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan
bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara
beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang
mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara
perlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan.”
Dengan mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, sistem
pendidikan negara mesti digerakkan untuk menemui serta memenuhi
cita-cita tersebut.

2. Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah
pedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat
dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak,
Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan
kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat
telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita
dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini.
Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara
dipernyatakan seperti berikut:

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara
memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik,
berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini
bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan
yang berpegang teguh kepada agama.

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan
ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik
iani secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini
hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut:
percaya dan patuh kepada Tuhan;
berilmu pengetahuan;
berakhlak mulia;
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara;
dan
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

3. Huraian Falsafah Pendidikan Negara

Memperkembangkan Potensi Individu
Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang
individu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan
anugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan
dipertingkatkan secara berterusan.
Menyeluruh dan Bersepadu
Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah
dikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah
dilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain.
Insan yang Seimbang dan Harmonis
Manusia yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya
dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis.
Ia menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian
dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala
masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia dapat menikmati
ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang
dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin
dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan
Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas
sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan
antarabangsa.
Unsur Intelek
Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut:
hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran;
daya pemikiran yang kreatif dan inovatif;
daya pemikiran yang logik dan analitis;
ilmu yang bermanfaat.
Unsur Rohani dan Emosi
Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut :
keyakinan terhadap Tuhan;
kepercayaan beragama;
kemantapan jiwa;
penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat;
berbudi pekerti mulia;
berbakti dan berkorban
Unsur Jasmani
Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
kecergasan fizikal dan kesihatan diri;
dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk
berdikari dan hidup bermasyarakat.

Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan
Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa
manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya.
Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam
adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena
alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab
kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam.
Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan

Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap
suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan.
Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan ilmu
tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap
individu mesti berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan
sepanjang hayat.

Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia
Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah
laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu.
Sifat-sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat.
Sifat-sifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan
amalan.

Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab
Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan
mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa
dan negara.
Masyarakat ini adalah masyarakat yang produktif,
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan cekap,
bersih dan amanah.

Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri
Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram.
Ini membolehkan setiap individu memperkembang dan
memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan
sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan
Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi
melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan
berinovatif untuk mentadbirkan alam.
Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan
Negara.

Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara
Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara
satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai
perpaduan kaum.

Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram
dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin
perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang
kehidupan.


Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di
negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti
mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem
dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah
pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah
berpaksikan keTuhanan.

Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki
ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas,
insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang
berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih
dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa
dan negara.

Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan.
Ogos 1988

Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah 2011

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan kekuasaanNYA, pasukan Bola Tampar SK Tambulian dapat menghadiri pertandingan bola tampar peringkat daerah untuk tahun 2011.

Pertandingan yang dijalankan di SK Peladok Kota belud sememangnya memberikan satu kenangan dan pengajaran kepada para pemain dan jurulatih. hahahaha.....!

Ucapan tahniah buat pasukan perempuan SK Tambulian kerana sekali lagi menjadi johan bola tampar peringkat daerah 2011 buat kali ke 9 dan tahniah juga buat pasukan lelaki kerana berjuang habis habisan dan hanya berjaya menduduki tempat ke dua.

Terima kasih di ucapkan kepada cikgu Zurainah, Cikgu Dideh, Cikgu Esongkili dan Ibubapa yang sangup datang untuk memberikan sokongan dan galakan kepada anak-anaka mereka. Terima kasih kepada guru besar yang memberikan kepercayaan kepada jurulatih untuk mengurus dan seterusnya meneruskan usaha untuk membentuk jati diri murid murid di SK Tambulian.

Terima kasih juga kepada semua guru-guru di SK Tambulian yang sungguh baik hati. semoga usaha kalian mendapat keberkatan.

Peringkat bahagian hampir tiba.....! So latihan tetap diteruskan. bukan untuk agenda diri sendiri atau bertujuan untuk melarikan diri dari P&P di Sekolah, namun ia adalah demi membentuk jati diri anak-anak ku yang memerlukan sesuatu selain akademik. Ingatlah wahai semua rakan-rakan, jangan terlampau mengharapkan akademik sehingga mengabaikan pembentukan jati diri mereka. jangan lupa sejarah hitam yang berlaku terhadap salah seorang murid terpintar di Malaysia satu ketika dahulu dan sekarang sudah menjadi???? sila cari sendiri isu ini.

Tahniah kepada anak-anak ku kerana bermain dengan bersungguh-sungguh. Minta maaf dan amun dari saya kerana gagal menjadikan anda semua juara.

Peperangan masih lagi berkumandang ....

Wassalam

Wednesday, January 19, 2011

Kejohanan Bola Tampar Peringkat Zon Tomur Kota Belud

Allhamdulillah.....!

Sekali lagi SK Tambulian menjuarai pertandingan Bola tampar Peringkat Zon Timur untuk kali yang ke 9. Walaupun pemain rata-rata pindik-pindik tagap tetapi mereka sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Terima kasih kepada JKKK KG Sorob kerana memberi kebenaran kepada SK Tambulian untuk menggunakan Gelanggang Bola Tampar KG Sorob untuk dijadikan Tapak acara. Terima kasih juga kepada persatuan belia sorob kerana memberikan kebenaran untuk menggunakan kerusi dan meja dewan serba guna KG Sorob secara percuma. Terima Kasih juga kepada pengerusi PIBG kerana mensponser Makan Minum para pemain dan jurulatih.

Tidak dilupakan, Guru Besar SK Tambulian yang sentiasa menginginkan yang terbaik untuk pasukan ini.

Jumpa lagi tahun 2012 untuk peringkat zon... untuk menang kali ke 10 berturut-turut selama 10 tahun. Wassssssss....!

Wassalam

Friday, January 14, 2011

NEW YEAR, NEW STUDENTS AND NEW TEACHER. Its the first assembly for 2011. The new Year One pupils experienced their first assembly with their senior brothers and sisters. Their enthusiastic faces display their motivation and hopes for the new year's school days. Our Headmaster also reminds the pupils to study well this year. This year, our school also welcome a new teacher, Pn Masdah. She was teaching in SK Sikuati, Kudat before been transfered to our school. On behalf of SK Tambulian, we would like to say 'Welcome to SK Tambulian'!


Thursday, January 13, 2011

Reunion Ex-Student SK Tambulian born in 1982

Assalamualaikum.

Akhirnya, reunion EX student SK Tambulian berjaya dilaksanakan buat kali ke 3. walaupun tanpa ketiadaan ramai rakan sekelas namun suasannya tetap meriah. Buat pertama kalinya juga reunion ini diadakan di SK Tambulian. Banyak kenangan yang terpahat disingkap semula.

Kepada semua rakan-rakan. We Miss U All.





2013 Reunion kali ke 4 bakal diadakan. Nantikan saat bahagia dan indah tersebut. Wacchaaaaaaaa!

Wassalam

Sesi Persekolahan Tahun 2011 bermula.

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, tahun 2011 membuka tirainya dengan suasana yang harmoni dan penuh dengan kenikmatan berhujan. Pendaftaran persekolahan berjalan dengan lancar dan sesi bimbingan pertama untuk murid tahun 1 juga berlangsung dengan riang gembira.

Disamping itu juga, Pasukan Bola Tampar SK Tambulian juga akan memulakan sesi latihan singkat sebelum bertanding pada peringkat daerah bagi mengekalkan rekod tanpa kalah selama 8 tahun berturut-turut. Walaupun masa begitu singkat untuk para pemain berlatih namun, strategi telah diatur untuk memastikan para pemain bersedia untuk menghadapi setiap cabaran yang akan menimpa pada kejohanan bola tampar peringkat darah yang dijangka berlangsung pada 20 dan 21 Januari 2011.

Selamat maju jaya. Jumpa lagi dilain masa.

Wassalam