Saturday, April 17, 2010

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT BAHAGIAN 2010


Assalamualaikum dan salam Sejahtera...kepada semua kipas susah mati SK Tambulian.

Bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dengan kekuasaanNYA... SK Tambulian sekali lagi mewakili daerah Kota Belud ke pertandingan Bola Tampar peringkat Bahagian PBU yang akan berlangsung di daerah Pitas.


Siapa sangka.. tahun 2010 ini memberikan lebih cabaran kepada semua peserta pertandingan termasuk jurulatih yang hampir2 pengsan menahan perasaa. ekekek.


Apa-apa pun yang berlaku semasa di daerah Pitas... SK Tambulian telah membuktikan bahawa SK Tambulian memang hebat kerana pasukan Perempuan SK Tambulian menjadi johan pertandingan ini dan pasukan lelaki mendapat tempat ke-2.

Alhamdulillah....Sukur...!


Seramai 6 orang murid SK Tambulian yang dipilih untuk mewakili bahagian PBU dan akan bertanding pada pertandingan Bola Tampar peringkat negeri 2010 yang akan berlangsung pada 3 mei 2010 hingga 5 Mei 2010.....! bertempat di daerah Tenom Sabah.

Antara calon-calon yang akan meneruskan perjuangan keperingkat yang lebih tinggi ialah:
1. Intan Rasyidah
2. Norani Anthoney
3. Natalia Lucian
4. Norhafizah Abdullah
5. Rozalin
6. Angelia Helon

Tahniah ...setinggi-tinggi Tahniah....! nampaknya latihan bermula lagi... belum sempat nak putih hehehehe.



Kehadiran Ibubapa murid memberikan lebih semangat dan tenaga seperti minuman 100plus hehehehehe... ada kah gitu.. ekekekekek.




Peserta lelaki SK Tambulian pula berjaya menduduki tempat kedua setelah kalah kepada pasukan Kudat...! walau bagaimanapun terdapat 4 orang murid SK tambulian yang dicalonkan untuk mewakili bahagian PBU ke peringkat Negeri. Calon-calonnya:
1. Mohd Rafiee Jimmy
2. Mohd Hilmi Faiz Ansit
3. Bonaventure Sapulin
3. Hadrik Durahim

Mohd rafiee merejam bola dengan kekuatan kuasa bulan ekekeke....!




Tahniah ... walau pun tempat ke 2.. namun mereka memang terbaik antara yang terbaik


Johan lagi tahun ini.....! TAHNIAH....TAHNIAH

Tahun ini... menjadi sejarah... tahun depan entah apalah pulak.....! Doakan kejayaan mereka2 yang akan meneruskan perjuangan ke peringkat negeri....!

Hurmmmm....! Pasukan perempuan Bahagian PBU... naaa jumpa lagi diorang sama Jurulatih paling penjahat di Dunia... Bersiap sedialah... ekekekekekeke!!

Apa-apapun...Tahniahhhhh.... tahniah.......tahniah....!

Jumpa lagi...SALAM