Tuesday, February 16, 2010

Sukan sekolah dan sukan Peringkat Zon Timur

Alhamdulillah..bersyukur kita kepada ALLAH kerana dengan limpah dan kurniaNYA sukan peringkat sekolah SK Tambulian telah berlangsung dengan jayanya. Bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dikalangan murid-murid SK Tambulian, dan mengeratkan hubungan setia kawan dan semangat berpasukan dikalangan murid dan guru.

Kebanyakan urusetia kecil diuruskan sendiri oleh murid murid SK Tambulian, yang mana peluang ini mampu memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada murid untuk bekerja sendiri dalam mencapai satu keputusan.


Pertandingan yang disertai oleh murid tahap 2 sememangnya memerikan kelebihan kepada murid di tahun 6.


Setiausaha Sukan SK Tambulian, En Hussaimi Maslin, bertindak sebagai penyelaras dan pelepas bagi semua acara padang.

Cikgu Zuraina Tindapau bertindak sebagai pengadil bagi acara lompat jauh dan juga sebagai "score master" untuk keseluruhan rumah sukan.

Pengerusi PIBG SK Tambulian, EN Jimmy Mansati juga hadir untuk memberikan galakan dan dorongan kepada semua murid dan juga anaknya.

Lompatan EMAS oleh Hadrik Durahim.


Mohd Rafiee Jimmy anak kepada pengerusi PIBG mendapat tempat kedua dalam acara lompat jauh.



PK 1 memberikan hadiah kepada para pemenang.

Exco Hadiah PN Norlela


PN Moukin selaku ketua pencatat masa bagi acara padang dan juga pembantu penyelaras acara padang.


Terlatih dan mahir

Engelia Helon dinobatkan Olahragawati setelah mengutip 3 emas


Reco Stenly dinobatkan sebagai olahragawan setelah mengutip 4 Emas

Selesai sahaja sukan sekolah, para jurulatih sukan SK Tambulian memulakan latihan sukan kepada murid-murid yang terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat Zon.

Latihan yang berlangsung selama 2 minggu menerapkan beberapa teknik dalam acara yang dipilih.



Wira dan Wirawati SK Tambulian


Berjaya dalam acara 200 meter setelah mendapat pingat perak.


iron Lady SK Tambulian. Memecahkan rekod Lontar Peluru dengan lontaran 9.70meter


Peserta 4x200 meter akhir.




Peserta 4x200 meter Akhir.





Walaupun cuaca agak panas namun semua peserta dari SK Tambulian ceria dan setia memberikan sokongan kepada peserta yang bertanding


Kekecewaan pasti hadir disaat ini.




Intan Rasyidah mempertahankan bendera sekolah. ekekke


Masih ceria walaupun penat

Penyokong setia dari tahun ke tahun

Berakhirnya sukan peringkat ZON Timur, tahun ini SK Tambulian menduduki tempat ke 6 dari 13 buah sekolah. merupakan satu lagi pencapaian yang memberangsangkan kepada murid.
apa yang penting adalah semangat juang murid dapat ditingkatkan dengan adanya pendedahan seperti ini.

Jumpa lagi tahun hadapan 2011.

"MAJULAH SUKAN UNTUK DIRI SENDIRI"

"BERSENAM UNTUK KESIHATAN"

Nur Raihan Aqeela 2010